TERSENTAK!
Yelah selama ini hampir 2 tahun tau. Hidup dengan penuh selesa hirup udara segar, makan saja apa yang teringin, shopping apa yang mahu. No! No! Bukan macam gaya jutawan okay hahaha. Maksud cha. Pergi kerja balik kerja, makan minum masih mampu tanggung, duduk pulak serumah dengan keluarga. Ya tiada komitment! Selepas habis belajar tiada sebarang hutang. Sebab itu terlalu selesa kot?
2 Tahun juga cari kemampuan diri apa yang seronok buat apa yang yakin akan berjaya selain kerja makan gaji. Belajar Accounting tapi terjebak dengan macam-macam kerja dari profesional hingga lah kerja biasa-biasa saja (Ayat cha setiap kali orang tanya hahaha) macam tak ada masa depan kan.
Bermulalah dari jadi agent Lily Petuna jual Crumple Shawl bermodalkan duit gaji alhamdulilah dan beberapa bulan lahir la chacha signature. Masih proses maju kan diri.
Kalau di tanya kenapa mesti bisnes? Sebab cha selalu shopping online kadang-kadang terjebak membeli. Shopping ikut kemampuan hehe. Sehingga ke hari ini cha rasa cha boleh buat bisnes tapi mula dari bawah macam sekarang ni.
TARGET, dari mula bisnes target cha hanya semua barang sold out janji habis tak kisah berapa masuk berapa keluar. Huhu. Sebab fikir nak rolling barang secepat yang mungkin nak balik modal. Tapi banyak jugak rugi disebabkan lambat rolling barang peram 2 3 bulan. Barang dari supplier defect banyak tak boleh pulang. So sad! Huhu
"Someone ask me something and make me deep thinking"
Sangat tersentak.
"Soalan dia berapa banyak simpanan sekarang?"
"Tak banyak. Belum beranak pinak. "
"Dan cha terdiam macam mana ni umur dah 24 tahun simpanan tak banyak. Nak kawin lagi dan mesti akan duduk dengan bakal suami macam mana nak lalui hari-hari. Kalau urgent nak guna duit tak kan nak meminjam"
Ya baru sedar selama hidup ni tak pernah set target dan rancang untuk masa depan 5 10 tahun akan datang. Hanya rancang untuk esok lusa tulat bulan depan hujung bulan depan hanya sampai situ saja. Disebabkan terlalu selesa keadaan sekarang dan tak fikir masa depan.
Dan cha bersama-sama dia menyimpan mulai sekarang. Jangan tangguh-tangguh lagi. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment