Already Feb 2017! Lama kan I tak update busy ya amat. Biasalah 2017 tahun baru yang banyak dugaan.
Okay for review. Kalau uols baca post yang sebelum ni I post on DEC 2016 so lebih 2 Bulan penggunaan dan I masih berpuas hati sebab sesuai dengan kulit I yang jenis T Zone berminyak kadang2 kering di area pipi atau dagu.
Pencuci muka Luminous White
• Jenis berbuih halus putih dan wangi untuk cuci segala kotoran2 di muka. Siapa jenis suka pencuci muka ada buih memang best semasa cuci muka.
• I gunakan 2 kali sehari pagi dan petang (selepas tamat aktiviti harian kiranya dah lepak2 kat rumah tunggu nak tidur) kadang2 tengah hari pun cuci muka kalau terlebih aktif.
• Selepas cuci muka kulit terasa bersih dan hilang segala kotoran. Kalau uols sentuh muka so soft kulit!
• Rate : 4/5
Day Cream Luminous White
• Sangat sesuai melembapkan kulit selepas cuci muka. Cream cepat meresap ke dalam kulit. Ringan!
• Spf masih belum cukup untuk lindungi kulit dari cahaya matahari dan UV protect yang rendah. Sebab kulit I masih sunburn dan I still kena pakai Sun protection.
• Rate: 3/5
Night Cream Luminous White
• Pakai selepas cuci muka malam. Selepas pakai Cream terasa berangin di muka dan beberapa minit Cream meresap ke dalam kulit. Tekstur yang ringan dan sesuai sangat untuk uols yang jenis tak suka pakai cream. Bangun pagi kulit lembut.
• Rate: 4/5
So far memang sesuai dengan kulit tidak berminyak dan kering. Jerawat yang tumbuh pun I selesaikan dengan pakai cream oxy sebab jenis jerawat besar dan dari dalam biji dia. Tak pasti kulit makin flawless dan putih sebab rasa biasa saja. Yang penting bebas minyak dan kering!
![]() |
| Before use simplysiti. DEC 2016 |
![]() |
| Jerawat suka singgah hehe. JAN 2017 |
![]() |
| Now 12 FEB 2017 still ada sikit2 parut |
Semoga bermanfaat!






No comments:
Post a Comment